HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Perjanjian Malaysia baharu tidak masuk akal, seperti membubar negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUCHING: Cadangan untuk menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Perjanjian Malaysia baharu adalah tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, membuat perjanjian baharu itu seperti menyeru untuk membubarkan negara Malaysia.

“Ini tidak masuk akal kerana kita menubuhkan Malaysia berdasarkan MA63. Tetapi sekarang hendak membuat perjanjian baharu pula, maknanya kita hendak  membubarkan apa yang sudah dimeterai ketika membentuk negara,” katanya.

Ahli Parlimen Santubong itu itu berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan penyerahan 66 ekor lembu korban untuk Parlimen Santubong di sini, hari ini.

Menurutnya, MA63 sedia ada adalah perjanjian, komitmen serta tuntutan yang telah dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Malaysia.

“Bayangkan apabila berlaku pergaduhan antara adik-beradik dalam sebuah keluarga, adakah mereka terus meminta agar perkahwinan itu dibubarkan, dan kemudian ibu bapa berkahwin semula?

“Tidak bukan? Justeru, apa yang dituntut Sabah dan Sarawak kini bukan untuk membuat semula perjanjian sedia ada tetapi menuntut perkara yang telah dipersetujui.

“Jika kita baca MA63, kita boleh lihat di situ letaknya janji-janji Persekutuan untuk menarik Sarawak dan Sabah menyertai pembentukan Malaysia,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru