Trending

Perjuangan PBB berpandukan empat dokumen penubuhan Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abang Johari (tengah) bersama barisan kepimpinan tertinggi PBB yang lain mengibarkan bendera PBB sempena Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Kuching di Hikmah Exchange, di sini sebentar tadi

KUCHING: Perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mempertahankan hak Sarawak akan terus berpandukan kepada empat dokumen penting dalam penubuhan Malaysia.

Premier merangkap Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dokumen-dokumen itu adalah Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

“Kita pertahankan hak bukan kerana mempunyai semangat kedaerahan tetapi kita berpandu kepada empat dokumen ini, tidak lebih tidak kurang…empat dokumen ini adalah kitab PBB.

“Maka pimpinan PBB hendaklah berjuang atas fakta yang ada,” katanya berucap pada Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Kuching di Hikmah Exchange, di sini sebentar tadi.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta kepimpinan tertinggi PBB yang lain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru