ARTIKEL

MIRO (tengah) bersama Dr Annuar, Allan, Azizul serta Pemuda PBB yang hadir pada majlis tersebut.

Perjuangan PBB untuk parti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hanya satu iaitu untuk parti, tegas Ketua Pemudanya Miro Simuh.

Justeru katanya, setiap perjuangan tidak mengira latar belakang kaum baik Melayu, Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan sebagainya perjuangan haruslah berteraskan demi kepentingan parti.

MIRO (enam kanan) mengagihkan daging kepada ahli Pemuda PBB.

“Perjuangan kami tetap satu iaitu atas nama PBB, tidak kira apa-apa jua perjuangan kami, ianya tetap satu demi PBB iaitu untuk parti.

“Justeru, dalam parti kami perpaduan dalam kalangan ahli-ahli Pemuda (PBB) di Sarawak tidak pernah berubah dan kekal utuh sejak dari dahulu lagi disebabkan perjuangan kami mempunyai hala tuju jelas,” katanya kepada media semasa ditemui pada Majlis Qurban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak di Masjid An-Nur di sini, semalam.

Justeru, beliau berkata, sejak dahulu hingga sekarang perpaduan dalam kalangan Pemuda PBB tetap kukuh walaupun dianggotai daripada latar belakang yang berlainan.

“Dalam pemuda, tiada masalah, kami tetap bersatu dan teguh dalam parti,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu itu.

Bercakap mengenai program tersebut, Miro menyifatkan ia sebagai satu wadah penting bagi mengumpul rakanrakan exco Pemuda PBB untuk menunjukkan dan menyuarakan semangat setia kawan ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB.

Setiap perayaan yang diraikan di Sarawak, ujar beliau merupakan satu perayaan perpaduan yang boleh diraikan semua kaum.

“Contohnya, seperti saya sebagai seorang Kristian telah bersama-sama rakan beragama Islam hari ini untuk meraikan program pada pagi ini.

“Ini menunjukkan keunikan kita di Sarawak dan program ini merupakan program tahunan Pergerakan Pemuda PBB,”ujarnya.

Miro berkata, program itu telah diadakan di kawasannya di Serembu pada tahun lepas dan tahun ini di Sibu.

Pihaknya juga turut merancang untuk diadakan di Miri pada tahun hadapan.

Majlis tersebut turut disertai oleh Naib Presiden PBB Datuk Dr Annuar Rapaee yang juga ADUN Nangka, ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dan ADUN Machan Allan Siden Gramong

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya