ARTIKEL

Perkasa akses pendidikan awal kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan, Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti menghadiri persidangan Asia Pasifik Ke-12 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sedunia (OMEP).

Acara berprestij selama dua hari bermula Rabu lalu berlangsung di Macquarie University, Sydney, Australia dengan menyaksikan OMEP selaku badan penganjur.

Delegasi terbabit diketuai sendiri oleh menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah sekali gus menyaksikan persidangan itu dihadiri oleh 190 peserta dari 21 negara secara keseluruhan.

Antara hasil persidangan adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajian Kanak-Kanak dan Keluarga Mia-Mia serta pusat asuhan kanak-kanak.

Sementara pada Khamis, delegasi diketuai Fatimah telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Memberi Akses, Ekuiti, Kualiti dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Inklusif di Sarawak’.

Persidangan OMEP bertujuan mempertahan dan mempromosikan hak kanak-kanak dengan penekanan khusus pada hak untuk pendidikan dan penjagaan ke seluruh dunia.

OMEP turut menjadi platform terhadap usaha menggalakkan akses kepada pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Setiausaha Tetap Colliner Gohe serta yang lain.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta