ARTIKEL

Perkasa ekonomi digital luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal dibuka di seluruh Sarawak, untuk terus memperkasa ekonomi digital di luar bandar.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata Kerajaan Sarawak menyambut baik inisiatif PEDi tersebut yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, pembukaan PEDi terus meningkatkan lagi tahap celik Internet dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Pada hemat saya, PEDi adalah antara pemboleh ubah yang penting kepada pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

“Ini merupakan antara usaha melengkapkan rakyat dengan kemahiran dan pengetahuan digital dalam mengharungi era perkembangan teknologi maklumat dan ekonomi digital,” katanya pada Majlis Perasmian dan taklimat pelaksanaan 23 pusat ekonomi digital di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol serta Pengarah SKMM Sarawak, Adiman Ajem.

Beliau berkata selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030, SKMM diberi tanggungjawab dalam memberi penekanan kepada setiap PEDi agar memberi tumpuan kepada usaha transformasi digital.

“Usaha ini termasuk membimbing dan melahirkan komuniti usahawan terutama usahawan mikro di luar bandar, bagi menerapkan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti perniagaan mereka,” katanya.

Di peringkat Kerajaan Sarawak, beliau berkata kementeriannya turut menubuhkan sejumlah 45 Pusat Komuniti Digital (DCC) dan juga Hub Inovasi yang mempunyai persamaan dari segi peranan dan objektifnya dengan PEDi.

“Saya berharap SKMM dapat mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan di Sarawak untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara PEDi dengan DCC dan Hub Inovasi sedia ada,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Untuk orang muda

RINDOK (bahagia) hati orang muda. Apa tidaknya, apaapa perancangan banyak melibatkan generasi ini. Dapat diperhatikan, banyak kemudahan disediakan kepada golongan ini. Ia sangat-sangat sesuai dengan

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan