Trending

Perkasa masa depan belia Mambong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MERIAH… Datuk Jerip (tengah) bersama-sama para peserta sebelum pelepasan Program Jelajah Belia Mambong.

PADAWAN: Sebuah pertubuhan khas dikenali sebagai Persatuan Angkatan Belia Sarawak dalam perancangan ditubuhkan julung kalinya buat masyarakat di kawasan Mambong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai organisasi berstruktur terhadap platform atau program pembangunan belia khususnya di kawasan Parlimen Puncak Borneo.

Cadangan penubuhan itu katanya, selepas mengambil kira usaha bagaimana mengumpul belia ke dalam struktur platform yang lebih tersusun selaras dengan rancangan diatur pihaknya kepada golongan tersebut.

“Kita telah pun berbincang untuk menubuhkan satu badan NGO dikenali sebagai Persatuan Angkatan Belia Sarawak bermula dengan kawasan Mambong dahulu.

“Kalau berjaya, kita akan rangka latihan-latihan dan pendedahan terperinci supaya mereka berasa diberi perhatian serta latihan lengka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis ‘Flag Off’ Konvoi Jelajah Belia Mambong di Padang Tar Dewan Menggeng, Kampung Sungai Duuh, di sini, hari ini.

Tambah Jerip, beberapa elemen khusus kepada keperluan generasi muda akan difokuskan merangkumi latihan, kerja dan tunjuk ajar terhadap perkara dasar untuk melangkah ke hadapan mengikut perkara mereka mahukan.

Ditanya sama ada badan itu sama seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Jerip menegaskan rancangan tersebut lebih menjurus ke arah kemenjadian belia selepas tamat persekolahan bagi merangka masa depan mereka mengikut kehendak tersendiri.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru