ARTIKEL

PRESIDEN PBBM (2009)...Mohd. Saif Jubaidi.

Perkasa pembangunan bola sepak dengan lahirkan jurulatih baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM 2009) terus komited dalam melahirkan barisan jurulatih baharu ke arah memperkasakan pembangunan sukan bola sepak di Miri khususnya dan Sarawak amnya.

Justeru, bagi menggapai impian tersebut badan induk terbabit akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM/FAS 2024.

Presiden PBBM (2009), Mohd. Saif Jubaidi memberitahu, kursus terbabit akan berlangsung tiga hari bermula dari 21 hingga 23 Jun ini.

Menurur Saif, seramai 30 orang peserta yang akan mengikut kursus anjuran PBBM (2009) dengan kerjasama dua badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu.

“Kursus tiga hari itu yang menghimpunkan peseta dari beberapa bahagian di Sarawak seperti Miri, Bintulu, Kapit, Subis, Matu Daro, Lawas, Sundar, Awat-Awat selain 10 orang dari negara jiran, Brunei Darussalam,” ujar Saif kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kursus berkenaan akan diadakan di dua veneu iaitu Dewan Machinda KRP dan Padang Bola Sepak KRP, Lutong.

Saif menjelaskan, kursus tersebut juga akan dikendali oleh Cameron Leon Ng (FAM Coach Educator) selain turut dibantu jurulatih berpengalaman, Mohd. Hakimi Man.

Dalam pada itu, turut berlangsung sama kelak ialah Program Hari Bola Sepak yang akan dijayakan oleh murid dua sekolah rendah di Bahagian Miri.

Program berkenaan adalah penyeri sempena penganjuran kursus tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU