ARTIKEL

Datuk Sri Fatimah Abdullah merakam gambar kenangan bersama-sama barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Wanita PBB selepas mesyuarat di sini, hari ini.

Perkasa penglibatan wanita, enam perwakilan dalam Majlis Tertinggi PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dalam usaha memperkasa penglibatan wanita dalam bidang politik Sarawak, Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini bakal mempunyai tidak kurang daripada enam ahli.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Sri Fatimah Abdullah, ia susulan pindaan Perlembagaan PBB melibatkan Artikel 14 yang dicadangkan pada konvensyen parti itu pada 2022 telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa 7 Jun 2023.

“Berbanding sebelum ini pergerakan wanita hanya mempunyai seorang perwakilan, maka dengan pindaan ini kita dapat menambah sebanyak lima lagi perwakilan wanita dalam Majlis Tertinggi (MT) PBB.

“Maka keseluruhannya akan terdapat seramai enam orang, termasuk lantikan Ketua Wanita sebagai Naib Yang Dipertua secara automatik di bawah Perlembagaan sedia ada,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB BIl 1. di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, ia selaras dengan hasrat pihaknya untuk melihat lebih ramai perwakilan wanita dalam MT PBB bagi memastikan mereka lebih relevan dengan perjuangan serta pembangunan semasa.

Baca lain  Bentuk murid lebih berdikari

Artikel 14 itu memperuntukkan agar tidak kurang daripada lima orang ahli MT Induk hendaklah dilantik daripada kalangan ahli MT Wanita mengikut turutan struktur hierarki dan ini tidak termasuk lantikan Ketua Wanita sebagai Naib Yang Di Pertua secara automatik di bawah perlembagaan sedia ada.

Di samping itu, pindaan dan penambahbaikan kepada Artikel 23 Perlembagaan Parti bagi mencerminkan peranan Pergerakan Wanita yang turut merangkumi bidang politik, kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, digital, budaya dan sosial.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,