Trending

Perkasa peranan komuniti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Peranan komuniti terus diperkasakan melalui pelbagai pendekatan sejajar dengan fungsi mereka sebagai penggerak program pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi.

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, kemajuan sesebuah kampung bergantung kepada kecekapan kepimpinan selain perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan itu katanya, program pembangunan dan pendidikan komuniti mampu menjadi platform penyatuan dalam menangani masalah dan seterusnya menyumbang peningkatan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

“Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk kerjasama, tetapi juga memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti khususnya masyarakat setempat.

“Sehubungan itu, saya kagum dengan penglibatan penduduk membantu penganjur mencapai objektif penganjuran program ini sekali gus membuktikan kesepakatan dalam kalangan mereka masih subur dan kekal terpelihara,” katanya pada majlis Penutupan Program Pembangunan dan Pendidikan Komuniti di Rumah Tury Rentap Sungai Baron di sini, semalam.

Beliau berkata, peranan masyarakat amat penting dalam memastikan perancangan dan hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada masa yang sama katanya, pembangunan di sesebuah kawasan tidak akan dapat dicapai sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan amat menitikberat dalam usaha memperkasakan rakyat dengan segala informasi agar sama-sama meratakan kembali lengkungan jangkitan Covid-19.

“Bagaimanapun, kejayaan membendung pendemik ini sukar dicapai tanpa kerjasama orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Koung Hiing turut memuji semangat kental Tuai Rumah Tury yang berjaya menamatkan Pengajian Doktor dalam bidang Pentadbiran perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UITM).

“Sikap seperti inilah perlu menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada komuniti terutama generasi muda,” katanya.

Program selama sehari itu melibatkan penyertaan sebanyak lapan agensi iaitu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Bomba Sarikei, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarikei, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), AADK, IPD Sarikei dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Daerah, Kaunselor Misiah Abu Seman.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru