Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Perkasa persiapan atlet SUKMA 2024

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Abdul Karim.
Datuk Seri Abdul Karim.

KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa semua persatuan sukan memperkasa pembentukan kredibiliti atlet masing-masing bermula dari sekarang.

Katanya ia bagi memastikan penampilan atlet yang diberi kepercayaan mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dapat menjadi penyumbang kepada perolehan tiga pingat utama di kejohanan berprestij negara yang bakal dilangsungkan di Sarawak.

“Mengulas mengenai penganjuran Sukma 2024, Sarawak setakat ini telah bersetuju sekiranya diberi peluang menjadi tuan rumah seperti juga yang telah dimaklumkan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

“Keputusan memilih Sarawak sebagai tuan rumah temasya berprestij negara itu telah dicadangkan secara peribadi oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia menerusi Mesyuarat Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Belia Dan Sukan 2023, di sini, malam tadi.

Oleh itu, jelasnya kredit tersebut harus dimanfaat sebaik mungkin dengan kata lain, inilah peluang untuk Sarawak merampas kembali gelaran juara yang pernah dimenangi tiga kali berturut-turut (1990, 1992, 1994).

Karim menegaskan, ia memberi gambaran awal bahawa semua negeri di seluruh negara amat yakin akan kemampuan Sarawak untuk menjadi tuan rumah.

Katanya, kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah untuk Sukma pada 2016 yang menyaksikan Sarawak muncul naib juara.

Dalam pada itu, Karim turut mengingatkan kepada semua bahagian untuk bersedia bagi tujuan tersebut kerana besar kemungkinan acara sukan yang dipertandingkan turut berlangsung diluar Bandaraya Kuching.

“Majoriti acara sukan akan diadakan di Bandaraya Kuching, namun tidak terkecuali ada acara sukan yang akan diadakan di bahagian lain,” jelasnya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru