ARTIKEL

PERKASA SEKTOR PELANCONGAN TEMPATAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sekiraya anda berada di Kuching dan ingin mencari tempat untuk santai bersama-sama rakan atau keluarga, terdapat lokasi menarik yang boleh dijadikan pilihan.

Retreat 2 Serapi berhampiran pusat bandar terletak di Serapi, Matang menjadi tumpuan ramai untuk berkelah dan lari dari kesibukan kota pada hujung minggu.

Bagi mereka yang ingin melakukan persinggahan, tempat ini dibuka untuk orang ramai berenang di sungai dan melakukan barbeku.

Jika anda ingin bermalam, terdapat beberapa tempat penginapan disediakan untuk disewa serta tapak perkhemahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan PekerjaPekerja Bank Sarawak (SBEU), Andrew Lo berkata lokasi Retreat 2 @ Serapi, Matang ini merupakan lokasi strategik untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga.

TARIKAN SEMULA JADI

“Ini merupakan cawangan kedua yang ditubuhkan oleh SBEU.

Retreat pertama di Pantai Siar, Lundu merupakan lokasi terkenal untuk aktiviti santai atau pusat latihan untuk ahli persatuan bank,” katanya.

Menurutnya, lokasi ini pada awalnya dibuka untuk ahli sahaja, namun selepas pandemik Covid-19 melanda negara, mereka mengambil peluang membuka tempat ini kepada awam memandangkan sempadan ditutup ketika itu.

“Sebelum penularan wabak Covid-19, kebanyakan memilih negara luar sebagai destinasi pelancongan.

“Kemudian apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat mula sedar di Sarawak juga banyak lagi tempat menarik untuk dilawati dan diterokai.

“Sarawak juga memiliki tempat percutian yang santai dan mesra alam semula jadi,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama-sama Suara Sarawak, baru-baru ini.

TENANG DAN SANTAI

Tambahnya, walaupun kawasan percutian ini agak kecil dan mempunyai empat jenis unit penginapan, ini membuatkan mereka lebih fokus menjaga dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi.

“Kita mempunyai empat fasiliti untuk bermalam, terdapat tiga unit mempunyai ebih satu bilik, dua pangsapuri (dua bilik) yang mampu memuatkan sehingga enam pengunjung.

Sebuah banglo mempunyai tiga bilik yang boleh memuatkan 10 pengunjung dan kotej.

“Lokasi ini memang berkonsepkan keluarga dan kami juga menyediakan tempat berkhemah dan perkhemahan mewah,” ujarnya.

Setelah berada dalam industri ini sejak 2005, Andrew berkata terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Perkara utama ialah memastikan infrastruktur asas lengkap dengan kemudahan bekalan utiliti air dan elektrik.

“Anda mungkin mempunyai hotel yang cantik, tetapi jika infrastruktur asas seperti bekalan elektrik tidak stabil dan masalah air tidak diatasi, ia akan menjadi masalah.

“Kerajaan melalui agensi pelancongan perlu memberi fokus kepada peningkatan semua fasiliti ini kerana ia menyumbang kepada potensi menarik kedatangan pelancong dan harus disertai dengan infrastruktur asas yang mencukupi,” tegasnya.

EKONOMI PELANCONGAN

Malah dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) juga menyumbang kehadiran pelancong ke negeri ini khususnya pelancongan domestik.

“Dengan kejayaan Pan Borneo, ia memberi impak positif kerana memudahkan perjalanan sekali gus meningkatkan sektor ekonomi di kawasan sekitarnya.

Namun, isu utama yang perlu diberi perhatian ialah penambahbaikan infrastruktur, terutama di Lundu kerana bekalan air bersih masih tidak mencukupi dan bekalan elektrik tidak stabil.

“Kami juga perlu pelabur dari luar negara dalam sektor pelancongan dan sepatutnya membenarkan pelaburan asing datang ke sini.

“Jadi, jika kita mendapat pelaburan dari Taiwan, Korea atau China untuk membuka hotel di sini, mereka boleh mempromosi tempat ini dan membawa pelancong dari negara mereka untuk datang,” katanya.

Justeru kata Andrew, pembangunan mahupun penambahbaikan infrastruktur memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.