ARTIKEL

Perkasa usahawan mikro B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti berjaya memperkasakan sebanyak 249 usahawan mikro golongan B40 tahun ini terdiri daripada ibu tunggal, asnaf, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan siswazah untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata program melibatkan peruntukan berjumlah RM1.24 juta untuk tahun ini juga melahirkan banyak usahawan baharu dalam kalangan asnaf dengan kini menjadi penyumbang zakat berbanding menjadi penerima zakat sebelum ini.

“SME Bank berjaya melaksanakan program yang bukan hanya mengubah kualiti usahawan B40 tetapi secara keseluruhannya membawa impak besar terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara.

Usahawan yang menyertai Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti mencatatkan sekurang-kurangnya 30 peratus peningkatan jualan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana pemudah cara program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti di sini, semalam.

Beliau berkata program itu mengukuhkan dan membangunkan perniagaan kumpulan sasar, bukan sahaja semasa pandemik COVID-19 tetapi juga untuk bergerak ke hadapan selaras dengan misi KUSKOP untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif untuk menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan.

Ewon berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan, pencapaian sektor PMKS mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 11.6 peratus pada 2022, mengatasi pertumbuhan KDNK negara pada 8.7 peratus.

Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail berkata program kewangan sosial SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti bermula sebagai tindak balas pantas untuk membantu usahawan PMKS dengan 40 orang usahawan B40 dibantu melalui dana sebanyak RM40,000 semasa pandemik COVID-19 pada 2020.

“Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti direka khusus untuk memperkasakan usahawan mikro berpendapatan rendah dan membimbing mereka ke arah mencapai daya tahan kewangan,” katanya.

Pada majlis itu SME Bank meraikan 10 peserta terbaik program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti yang mencatatkan peningkatan pendapatan bulanan sehingga mencecah 70 peratus sejak menyertai program itu.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah