Trending

Perkasa wanita dalam dunia digital

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (Azam) Sarawak sekali lagi tampil dengan program Sembang Digital Norma Baharu menerusi Selamat Pagi Sarawak di Sarawak FM dengan topik transformasi dunia e-dagang yang fokus kepada impak penglibatan wanita Sarawak menerusi program e-Preneurs.

Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad berkata, penubuhan koperasi wanita pada Februari diharapkan dapat memberikan semangat kepada wanita untuk terus berjuang membantu keluarga, masyarakat dan negeri ini.

“Sistem sokongan yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja tetapi bantuan segi moral dan kaunseling juga penting,” katanya dalam program yang bersiaran selama 15 minit itu.

Katanya, beliau kerap berjumpa dengan usahawan yang menjual produk di bawah JWKS bagi memastikan mereka berada pada landasan betul, sekali gus mengecapi hala tuju seperti yang menjadi tujuan utama program e-Preneurs Wanita.

Salah seorang usahanita program, Caroline Peny berkata, program itu memberi peluang kepadanya untuk mentransformasikan perniagaan daripada cara tradisional kepada digital.

“Menerusi kursus di Pusat Latihan Wisma Wanita dalam bidang jahitan kreatif, ia membuka mata dan peluang kepada saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjurus kepada barangan etnik kreatif ke pasaran.

“JWKS juga berkolaborasi dengan pusat pengajian tinggi Swinburne dalam program Kumpulan Aspirasi Wanita Sarawak (SWAG) yang menyediakan kursus dan informasi untuk memulakan perniagaan mengikut kemahiran yang mereka ada,” tambahnya.

Kini Caroline menyediakan kelas memberi tunjuk ajar kepada usahawan wanita yang lain dalam bidang jahitan kreatif di samping meningkatkan keyakinan diri.

“Dengan cara ini, mudah untuk wanita yang mengikuti kelas berkongsi pendapat masing-masing bagi menghasilkan karya di luar kotak kepada orang ramai,” katanya.

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan berpendapat, latihan dan sokongan yang diberikan dalam program itu membuka mata dan peluang kepada beliau dan rakan-rakan untuk terus berusaha memperkembangkan taraf hidup dan kualiti wanita di negeri ini.

“Program turut melibatkan bantuan kepada golongan wanita kurang bernasib baik untuk bersemangat kembali dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Noriah menyifatkan wanita Sarawak sememangnya mempunyai potensi yang tinggi dalam dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Stadium Tertutup, Pusat Sukan Unimas di sini semalam.

Tambahnya, ia sesuai dengan prasarana sukan lengkap dan Unimas kini mula mengorak langkah dengan mendapat pelbagai pengiktirafan serta menjadi tumpuan penganjuran sukan oleh pihak luar.

“Arena Tun Tuanku Haji Bujang seperti tuan rumah penganjuran sukan peringkat kebangsaan seperti Sukan Universiti Malaysia-Indonesia, Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan Kejohanan Regata Antarabangsa Unimas.

“Kemudahan sukan air serba lengkap serta kondusif ini juga menarik minat untuk hubungan kolaborasi bersama Perbadanan Sukan Sarawak yang kini menjadikan Unimas sebagai pusat pembangunan sukan air di Sarawak,” jelasnya.

Beliau mendedahkan, kemudahan sukan di Unimas terbahagi kepada empat bahagian – Stadium Unimas yang dilengkapi dengan dinding panjat, gim dan ruang sukan tempur.

“Manakala di Kompleks Sukan pula dilengkapi dengan kolam renang, tiga gelanggang futsal yang juga gelanggang bola jaring, gelanggang badminton dan sepak takraw.

“Kemudahan di luar dewan pula dilengkapi dengan gelanggang tenis, bola keranjang, ragbi, lapang sasar memanah dan gelanggang terbuka sepak takraw,” ujarnya.

Kadim memberitahu, Unimas merupakan pusat tumpuan untuk latihan sukan kayak di Sarawak kerana mempunyai kemudahan yang lengkap.

“Kelengkapan tasik di sini berjaya membawa beberapa pelajar sebagai wakil negara dalam Sukan Sea.

“Malah menjadi johan hampir setiap tahun dalam pertandingan regata Sarawak.

“Di samping itu, pencapaian terkini atlet Unimas juga amat membanggakan terutamanya di peringkat kebangsaan,” katanya lagi. membantu mempertingkatkan ekonomi Sarawak.

Beliau berharap JWKS dapat menjadi hab kepada wanita untuk saling bertukar-tukar fikiran dalam membangunkan diri masing-masing.

Beliau menggesa kaum wanita untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan JWKS bersama beberapa agensi lain di Sarawak dengan mendapatkan info berkenaan dengan program dan aktiviti di media sosial dan laman web rasmi JWKS.

Sembang Digital Norma Baharu anjuran SMA dengan kerjasama Azam menerusi Sarawak FM pada minggu hadapan akan kembali dengan topik melancong dengan selamat.

Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www. azam.org.my.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru