ARTIKEL

Perkasakan industri ternakan ayam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Agrobank akan terus komited dan bekerjasama erat dengan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memperkasakan sektor agromakanan terutama industri penternakan ayam di Malaysia demi peningkatan dan kemampanan keselamatan dan keterjaminan makanan.

Agrobank menjelaskan pihaknya, memandangkan serius dalam memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat, serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan susulan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 Nov, 2023 yang diumumkan kerajaan.

“Agrobank proaktif dalam menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 untuk para penternak komuniti dan mikro, manakala dana pembiayaan sehingga RM5 juta turut disediakan buat para penternak kecil dan sederhana,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata Agrobank sentiasa komited untuk bekerjasama dengan KPKM dalam mencapai agenda kerajaan melalui pembiayaan modal kerja dan modal tetap kepada penternak kecil dan sederhana, serta Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan bagi penternak komuniti.

“Pembiayaan ini termasuk transformasi daripada reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Berasaskan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, penternak komuniti dan mikro, serta penternak kecil dan sederhana masingmasing akan menikmati kadar keuntungan sehingga 3.0 peratus setahun mengikut baki bulanan, katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,