KUCHING: Maxis dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bekerjasama mempromosikan inovasi korporat di kalangan perniagaan di Malaysia dari syarikat permulaan atau syarikat besar untuk merangsang ekosistem dan memacu ekonomi digital negara.
Kerjasama tersebut ditandatangani kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman di Kuala Lumpur. Melalui kolaborasi sepanjang tahun, Maxis dan MDEC bersamasama mengembangkan program mentor dan memberi bimbingan kepada syarikat permulaan dan korporat yang memulakan perjalanan transformasi digital mereka.
Selain itu, kedua-dua pihak memerhati acara dan perhubungan yang memupuk persekitaran kondusif untuk jaringan dan kolaborasi antara syarikat permulaan serta syarikat korporat bagi menghasilkan petunjuk bagi perniagaan dan industri serta mempercepat inovasi korporat.
“Dalam situasi perniagaan yang mencabar dan semakin kompetitif ini, kami yakin inovasi menjadi faktor kejayaan utama dalam menilai semula model perniagaan dan strategi transformasi digital. “Kolaborasi kami dengan MDEC sangat penting kerana membolehkan kami secara kolektif menyediakan alat, sokongan dan sumber daya yang tepat.

“Kami berharap dapat membuat inisiatif bersama mendorong inovasi korporat di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri memuji sikap proaktif Maxis dalam menyokong organisasi untuk mengambil langkah digital dan meningkatkan kesediaan mereka untuk IR4.0.
Beliau juga mendorong syarikat multinasional yang berpusat di Malaysia untuk bergabung dalam usaha membangun ekosistem digital negara dan menyokong perniagaan tempatan yang diperkasakan secara digital untuk berkembang di peringkat global.
“Syarikat seperti Maxis memiliki pengetahuan pasaran, sumber daya, jaringan, dan pencapaian yang ingin dimiliki oleh semua perniagaan; pemula teknologi mempunyai ketangkasan dan idea baru yang dihargai oleh syarikat.
“MDEC bertujuan memanfaatkan kekuatan pelengkap ini, yang bukan hanya akan memajukan agenda digital negara tetapi berpotensi membawa kepada penciptaan penyelesaian berteknologi yang dapat membentuk cara kita menyelesaikan masalah global yang paling mendesak,” jelasnya.
MDEC berharap dapat menjalinkan lebih banyak perkongsian korporat untuk menarik pelaburan digital ke negara ini dan meningkatkan usaha Malaysia menjadi Jantung Digital Asean.
Sebagai inisiatif pertama bersama, Maxis dan MDEC akan melancarkan bengkel Pemikiran Rekaan Digital bagi rakan korporat MDEC pada Oktober.
Bengkel selama dua minggu ini bertujuan mempromosikan penggunaan Pemikiran Rekaan sebagai cara memahami dengan mendalam pernyataan masalah syarikat dan mencabaran daian dalam usaha menyelesaikannya dengan cara yang kreatif dan inovatif.
Maxis dan MDEC bekerjasama di beberapa bidang sejak tahun lalu, dengan tujuan bersama mempercepat digitalisasi perniagaan di Malaysia sejajar agenda ekonomi digital Kerajaan.