ARTIKEL

Perkasakan muaythai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PROGRAM Mari Mencuba Muaythai merupakan pendekatan holistik mempromosikan sukan tempur itu kepada murid sekolah. 

Selain platform untuk menarik minat murid, program itu juga memainkan peranan penting ke arah mencungkil bakat baharu.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Bintulu, Awangku Ali Udin Pengiran Adenani menjelaskan, penganjuran program tersebut sebagai langkah tepat kerana mampu menyuntik semangat golongan sasar menceburkan diri.

Ia sekali gus dapat dijadikan landasan terbaik untuk menimba pengalaman baharu demi membentuk sahsiah dan keperibadian murid. 

Justeru, beliau mewakili sekolah terbabit ingin merakamkan ucapan berterima kasih kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu kepada murid dan guru-guru di sekolah itu.

“Akademik semata-mata tidak cukup sebagai bekalan kepada murid-murid untuk masa depan.

“Pihak sekolah sentiasa menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sentiasa responsif terhadap keperluan murid ke arah memupuk dan membina bakat,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Pendekatan tersebut selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan seimbang.

Hadir sama Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim.

Beliau mahu setiap murid melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah sambil berharap sekolah itu dapat meneruskan legasi kecemerlangan atlet dalam sukan Muaythai Sarawak sebelum ini.

Awangku Ali Udin juga menyeru kepada semua guru agar sentiasa cakna dengan bakat dan keupayaan murid. 

Program Mari Mencuba Muaythai merupakan salah satu program pembangunan anjuran PMNS yang bertujuan mengetengahkan sukan muaythai kepada murid sekolah dan orang ramai.

Ia dianjurkan bersempena penganjuran Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2023 yang diadakan di Naim Street Mall@ Paragon Bintulu bermula dari 26 hingga 29 Oktober.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU