Trending

Perkasakan projek tanaman sayur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DALAT: Kampung Narub akan dibangunkan dengan aktiviti pertanian melalui Projek Pembinaan Tanaman Sayur melalui kaedah fertigasi dan hidroponik. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, projek tersebut mendapat peruntukan melalui Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bernilai RM500,000 untuk kawasan Narub sebelum ini.

“Aktiviti ekonomi di Narub ini perlu ditingkatkan dengan kekuatan sedia ada dengan pimpinan ketua kampung, JKKK dan pelbagai ketua jabatan yang terlibat,” katanya pada Program Transformasi Luar Bandar (TLB) Kampung Narub Dalat di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, projek fertigasi dan hidroponik yang dicadangkan di kawasan Narub adalah bertepatan dengan kawasan tersebut yang terletak paling hulu di Dalat.

“Difahamkan kedudukan Narub ialah 25 kilometer jauh dari pekan Dalat, dan sekiranya tiada kekangan projek ini dapat memberi manfaat kepada sekitar 81 buah keluarga daripada 50 buah rumah dengan jumlah penduduk ialah 309 orang.

“Kita akui sebagai kawasan paling hulu kemudahan asas di sini memang kurang dibandingkan dengan kampung lain dan sebagai wakil rakyat saya ingin melihat kampung ini maju bersama kampung lain pada masa akan datang,” jelasnya.

Katanya, Kerajaan Sarawak di bawah GPS menyasarkan agar pembangunan melibatkan bekalan elektrik dan air dapat disalurkan ke semua kawasan di Sarawak khasnya melalui Rancangan Malaysia ke-12.

“Malah melalui capaian Internet di sini juga tiada liputan, jadi kita juga minta pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) melihat perkara ini. “Di samping itu, pertanian juga dilihat penting khasnya melibatkan tanaman rumbia kerana ia merupakan tanaman yang menyumbang kepada ekonomi penduduk.

Malah tanaman secara fertigasi dan hidroponik turut menjadi tumpuan. “Malah Jabatan Pertanian juga mencadangkan tanaman cili, tomato dan terung asam kerana ia cepat mengeluarkan hasil. Ia bakal dibangunkan di dua buah blok khas nanti,” jelasnya.

“Walaupun Narub berada di kawasan paling hulu, semangat tidak pernah mengalah perlu dikekalkan kerana ia adalah asas kejayaan. “Saya juga kagum dengan kepimpinan di Kampung Narub, kerana mereka telah bersiap sedia dengan pelan utama mereka sebelum projek dibangunkan.

“Misalnya melalui langkah membangunkan tanaman buah-buahan. Ia membuahkan hasil kerana salah satu rancangan mereka adalah untuk mewujudkan inap desa melalui tarikan pada musim buah-buahan,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru