ARTIKEL

Perkembangan positif Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Status badan induk tertinggi, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang kembali diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) baru-baru ini dilihat sebagai satu perkembangan positif.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Dato Ismail Abang Saufi berkata ini juga sebagai penanda aras baharu yang menjurus kembali tranformasi pembangunan sukan tradisional berkenaan di negara ini termasuk Sarawak.

Beliau berkata, pihaknya selaku ahli gabungan PSM teruja dengan perkembangan terhadap perkara itu.

Katanya, ia gambaran jelas bahawa akan berlaku perubahan besar kearah meningkatkan kembali pembangunan sukan sepak takraw nanti.

“Kita turut berasa lega dan percaya perubahan terhadap perkara berkenaan akan memberi impak besar terhadap pembangunan sukan sepak takraw secara menyeluruh,” ujar Ismail kepada Arena Sarawak.

Menurut Dato Ismail, penerimaan PSM sebagai ahli gabungan ASTAF ketika ini boleh menjadi landasan tepat dalam usaha membawa sukan sepak takraw ke peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

Premier betemu anak Sarawak di England

LEEDS: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg udah betemu enggau 20 anak Sarawak ti belajar di England serimbai Hari Raya Aidilfitri.