ARTIKEL

Perkenal produk Malaysia ke mata dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENGUSAHAKAN dan mengembangkan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, selain memerlukan komitmen tinggi serta kerja berpasukan.

Namun, perkara itu bukanlah mustahil untuk dicapai seperti yang dibuktikan oleh pengasas dan pemilik satu-satunya kilang pembuatan produk kosmetik dan makanan kesihatan milik bumiputera I Medikel Pharma Holdings Berhad (I Medikel), Hasnah Zakaria.

Berpengalaman selama 24 tahun, anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berusia 45 tahun itu berkata, beliau bermula dengan hanya sebuah farmasi runcit sebelum membuka kilang tersebut di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 2000, selain kini mempunyai lima cawangan farmasi di Kelantan dan Selangor.

“Kilang ini kemudian berkembang apabila kami menjalin kerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia pada 2006 sehingga 2009 dalam membangunkan penyelidikan serta produk kosmetik.

“Syarikat ini mula berkembang di Kelantan dan Terengganu menerusi rangkaian farmasi di Pengkalan mencapai tahap jutawan dan semua produk mereka mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan serta sijil halal,” ujar beliau yang berasal dari Melor.

Menurut Hasnah, I Medikel kini dalam proses membangunkan kompleks kilang di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa yang dijangka siap tahun hadapan, sekali gus membuka peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk tempatan serta usahawan di Kelantan.

Beliau juga berhasrat untuk menjadikan produk-produk buatan kilangnya sebagai produk halal dari Malaysia yang dikenali di seluruh dunia.

Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia, Hasnah mengakui kejayaannya turut mendapat dorongan dan bantuan suami, Yusmat Mamat, 58, yang mempunyai kelulusan dalam bidang sama.

Pengalaman jatuh bangun dalam bidang perniagaan tidak mematahkan semangat wanita cekal ini, malah beliau mengingatkan usahawan lain terutamanya kaum hawa supaya berjiwa besar dan kental, selain bersikap positif dalam menghadapi cabaran. – Bernama

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU