HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Perkenal sistem meter air pintar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Julaihi Narawi merakam kenangan pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2022 di Kuching, hari ini.
Datuk Julaihi Narawi merakam kenangan pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2022 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan melihat penggunaan sistem meter air pintar untuk pengurusan sumber yang cekap dan mengurangkan pembaziran air tanpa hasil di negeri ini.

Menterinya Datuk Julaihi Narawi berkata, Sarawak harus memanfaatkan inovasi teknologi baharu itu dalam masa terdekat untuk mempunyai sistem pengurusan air yang mampan.

“Salah satu kepentingan menggunakan meter pintar ini adalah untuk mencapai matlamat industri air di Sarawak dengan mengurangkan air tanpa hasil kepada 25 peratus selaras dengan strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030.

“Malah, meter ini mampu merekodkan setiap titisan air yang tidak dicatatkan meter sedia ada yang kita gunakan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2022 di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha memanfaatkan teknologi sejajar perubahan semasa itu amat diperlukan kerana air merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian termasuk bagi bidang pertanian, akuakultur, perindustrian dan komersial.

Mengulas lanjut, Julaihi memberitahu salah satu punca utama penggunaan air tanpa hasil adalah masalah saluran paip agihan utama yang sudah usang serta sistem meter air biasa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru