ARTIKEL

PERKESO lancar operasi, kesan majikan gagal daftar pekerja 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak akan melancarkan operasi bersepadu, bermula hari ini hingga 27 Julai ini untuk memastikan semua majikan mendaftarkan pekerja masing-masing dengan agensi itu.

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak Awang Raduan Awang Omar berkata, operasi ini melibatkan pemeriksaan ke atas lebih 90 majikan-majikan yang beroperasi di Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

Katanya, sasaran ini hendaklah dicapai dengan jayanya tanpa ada sebarang halangan dan pegawai perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara kecil agar hak, kebajikan, keselamatan pekerja di negeri ini tidak terabai oleh majikan.

“Ini juga bagi memastikan majikan-majikan yang diperiksa tidak beroperasi dengan menyalahi segala undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. 

“Adalah menjadi tugas serta tanggungjawab kita untuk memperbetulkan tindakan, proses atau tatacara yang salah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Operasi Bersepadu Kementerian Sumber Manusia (KSM) Tahun 2023 Peringkat Negeri Sarawak, di Wisma PERKESO, di sini, hari ini. 

Bagi operasi ini jelasnya, antara objektifnya adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada dan memastikan pematuhan undang-undang perburuhan secara bersepadu.

“Selain itu, ia juga bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan setiap Jabatan dan Agensi secara bersepadu, perkongsian maklumat dan data perburuhan Jabatan dan agensi di bawah KSM secara menyeluruh.

“Kita juga merancang penguatkuasaan secara sistematik dan teratur dan membantu cawangan kawal selia dan penguatkuasaan menjalankan penguatkuasaan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001,” katanya. 

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.