Perkeso pantas kesan penerima bantuan

SIBU: Keluarga Allahyarham Syahrizan Sabri yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Februari lalu menerima bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sibu, semalam.

Sumbangan diserahkan Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Annuar Rapaee bagi pihak Perkeso Sibu di kediaman Allahyarham di Jalan Abang Barieng di sini.

Ibu Allahyarham, Zainon Haron menerima cek untuk faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 dan Penakat Manfaat Pencen (pencen persaraan) pada majlis ringkas penyerahan tersebut.

Pengurus Cawangan Perkeso Sibu Tan Phang Chia berkata, cawangannya telah mengambil tindakan proaktif melalui ‘Socso Caring Squad’ untuk segera mengesan penerima bantuan bagi memastikan mereka menerima faedahnya.

“Dalam kes ini, kami mendapati keluarga terdekat Allahyarham layak menerima bantuan di bawah Skim Kecacatan yang merangkumi bantuan pengurusan pengebumian berjumlah RM2,000 dan faedah pencen,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Mac 2021

Suara Sarawak