Perkhidmatan Awam di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sarawak ditutup sementara waktu

KUCHING: Operasi perkhidmatan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) ditutup buat sementara waktu, bermula hari ini.

Menurut JPS, operasi perkhidmatan mereka di Bangunan Menara Pelita, Petra Jaya itu akan ditutup bermula 12 Mac ini dan akan beroperasi semula seperti biasa pada Isnin, 15 Mac depan.

“Penutupan itu bertujuan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, tiada urusan melibatkan secara bersemuka atau fizikal pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui talian 082-441000 atau email ke alamat doa@sarawak.gov.my.

Suara Sarawak