
KUCHING: Program lawatan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) di Bahagian Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu dan Miri akan diadakan bermula 18 hingga 29 November ini.
Justeru itu, masyarakat yang tinggal di kawasan terlibat disaran agar menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi memastikan lawatan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dijadualkan, sekiranya keadaan cuaca
mengizinkan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkaitan perkara berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Penolong Pegawai Perubatan, Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga JKNS Junaidi Othman di talian 013-841 6735 atau 082-473200 (sambungan
296).
Di bawah disertakan jadual lawatan PDU di Bahagian Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu dan Miri untuk rujukan.



