PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Perkhidmatan feri Pusa-Sessang dihentikan ketika air pasang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
OPERASI feri di Sungai Krian.
OPERASI feri di Sungai Krian.

BETONG: Perkhidmatan feri di Sungai Krian (Pusa-Sessang) terpaksa dihentikan setiap kali air pasang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dalam kenyataan memaklumkan, gangguan tidak berjadual itu dikeluarkan hari ini.

“Operasi feri Sungai Krian terpaksa dihentikan semasa air pasang berikutan kerja-kerja menanam cerucuk bagi projek pembinaan jambatan yang telah bermula,” katanya.

Jelasnya, tindakan tersebut tidak dapat dielakkan bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin memandangkan kerja pembinaan berada hampir dengan laluan feri.

Justeru kata kenyataan itu, pengguna Jalan Pesisir dan perkhidmatan feri tersebut diharap dapat merancang perjalanan serta menggunakan jalan alternatif lain semasa air pasang.

Orang ramai yang ingin mengetahui jadual pergerakan semasa feri boleh berhubung dengan pihak operator di talian 017-5280576 atau 011-16568298 atau 013-8283375 (juragan).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan