Trending

Perkhidmatan kesihatan di hospital perlukan pendekatan baharu dan mesra alam 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perkhidmatan kesihatan di hospital memerlukan pendekatan baharu dan mesra alam yang menggunakan teknologi hijau yang mampan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah satu lagi bidang yang memerlukan tenaga hijau.

“Menggunakan tenaga hijau, kita boleh menawarkan perkhidmatan hijau yang mampan sekali gus mempunyai biodiversiti yang kaya.

“Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama dengan penubuhan pusat penyakit berjangkit, pusat kanser dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Sarawak (GEES) 2023 di Centexs di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Centexs dan Lab Tech International Ltd, UCSI University dan Centexs Commercial dengan JC Gas Sdn Bhd, Min Soon Transport dan Whitebeard Engineering.

Sementara itu Abang Johari berkata Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bermula hari ini kini dikenali sebagai Akademi Digital dan Tenaga Hijau Centexs.

Katanya, ia selaras usaha Kerajaan Sarawak merealisasikan masa depan sifar bersih di negeri ini di samping Centexs turut memainkan peranan penting melahirkan tenaga mahir dalam bidang tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru