ARTIKEL

Perkhidmatan mudah alih untuk kemuka apa-apa masalah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Dalam mempergiatkan lagi usaha mendekati rakyat, SUPP Cawangan Dudong mengadakan perkhidmatan mudah alih di Menyan Kopitiam di kawasan Nibong Tada dekat sini, kelmarin.

Pengerusinya Kaunselor Wong Ching Yong berkata, ini pertama kali mereka mengadakan perkhidmatan seumpama itu di kawasan luar bandar.

Katanya, sebelum ini mereka sering mengadakan perkhidmatan itu di bandar.

“Memandangkan kawasan Nibong Tada ini didiami penduduk rumah panjang, saya membawa Setiausaha Politik Premier, William Anut, Ketua Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong Penghulu Paing Tawi serta ahli-ahli MDLBS

“Penduduk yang berkunjung ke kedai kopi ini boleh mengutarakan apa-apa sahaja masalah mereka kepada kami,” jelasnya.

Pada program itu, Wong turut bertukar-tukar pendapat dengan penduduk yang turut mengukuhkan lagi hubungan erat antara parti politik dengan komuniti setempat, serta menunjukkan komitmen parti politik terhadap perkhidmatan masyarakat.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU