ARTIKEL

Perkhidmatan pelancongan digital catat peningkatan pengguna di bandar – Google Cloud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pelancongan digital menyaksikan peningkatan dalam kalangan pengguna terutama yang tinggal di kawasan bandar, dengan tujuh daripada 10 pengguna digital bandar di Malaysia menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Kategori itu dijangka berkembang sebanyak 56 peratus tahun ke tahun dan menyumbang US$8 bilion (RM36.18 bilion) kepada ekonomi digital Malaysia menjelang 2025.

Pengarah Serantau, Indonesia dan Malaysia Google Cloud Megawaty Khie berkata pemain dalam ekosistem pelancongan tidak boleh terlepas pandang kepentingan penawaran perkhidmatan digital yang sentiasa aktif, ringkas, diperibadikan dan selamat.

Beliau berkata trend carian Google bagi tempoh 16 Julai 2022 hingga 15 Julai 2023 mencadangkan bahawa industri berkaitan boleh mengambil peluang yang ditawarkan oleh pemulihan pelancongan Malaysia.

“Di Malaysia, permintaan perjalanan udara masuk antarabangsa – penerbangan oleh bukan pemastautin ke sesebuah negara – mengalami peningkatan besar-besaran berdasarkan jumlah carian Google bagi tempoh 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023.

“Pada 1 Ogos 2022 – hari Malaysia menarik balik sekatan COVID-19 yang lain – menyaksikan peningkatan permintaan perjalanan masuk tahun ke tahun sebanyak 1,180 peratus.

“Kebangkitan semula ini berterusan sehingga separuh pertama 2023.

Antara 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023, permintaan perjalanan masuk menyaksikan peningkatan keseluruhan tahun ke tahun lebih 188 peratus,” katanya kepada pemberita pada taklimat berkenaan Pemulihan dan Pertumbuhan Pelancongan Malaysia: Trend, Peluang dan Inovasi di sini hari ini.

Pelancongan digital merujuk kepada penggunaan peralatan digital untuk mengatur, mengurus dan menikmati pengalaman perjalanan.

Khie berkata sejak tahun lepas, pertanyaan carian berkaitan dengan “kad kredit pelancongan” dan “insurans pelancongan” di Malaysia masing-masing telah meningkat lebih 750 peratus dan lebih 250 peratus, manakala pertanyaan carian tentang “pelancongan perubatan” di negara ini juga meningkat lebih 60 peratus dan “visa nomad digital” bertambah 350 peratus.

“Apabila kita mempertimbangkan impak ekonomi pelancongan, selalunya terdapat tumpuan pada sumbangan daripada bidang teras seperti penerbangan dan penginapan – dan ia adalah wajar.

Namun, analisis kami juga menonjolkan impak pelancongan terhadap sektor lain, daripada perkhidmatan kewangan kepada penjagaan kesihatan, kepada runcit dan pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Asia Mobiliti, disokong oleh rakannya CloudMile dan PointStar yang akan mengguna pakai awan data terbuka Google Cloud untuk membawa pengalaman pelancongan digital yang mampan.

Dalam pada itu, Khie berkata Google Cloud telah memperkenalkan sumber dan penyelesaian baharu yang tersedia buat organisasi di Malaysia untuk membantu mereka berinovasi dengan kecerdasan buatan (AI) generatif yang cepat, selamat dan bertanggungjawab. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik