ARTIKEL

Perkim perluas program bantu rakyat Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) merancang untuk memperluaskan program kutipan dana sebagai usaha untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Ketua Wanita Perkim Kebangsaan Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkata kutipan dana itu bagi meringankan beban rakyat di sana terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.

“Walaupun kita tidak mampu pergi ke sana tetapi apabila kita memberi sokongan serta sumbangan dana seperti ini ia mampu meringankan beban mereka disana.

Kita sebelum ini memang ada menjalankan kutipan dana tetapi tidaklah secara berskala besar seperti yang dilakukan Perkim Seremban, jadi mengambil contoh dari Perkim Seremban itu sendiri kita rancang untuk perluaskan program kutipan dana ini,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Perjuangan Titisan Air Mata’ Majlis Amal Mahabbah Palestin di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Wanita Perkim Seremban Gharizah Hashim berkata program ini merupakan kali kedua dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat di Palestin.

“Hasil kutipan dana ini bagi meringankan beban rakyat di sana memandangkan perubatan, makanan, pakaian tidak mencukupi terutama bagi kanak-kanak,” katanya.

Program anjuran Perkim Seremban dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Sembilan itu disertai kira-kira 500 peserta terdiri daripada ahli Perkim di negeri ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. – Bernama

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU