ARTIKEL

PERKONGSIAN BUDAYA PERKUKUH PERPADUAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NILAI perpaduan rakyat serumpun mampu diperkukuh dengan konsisten menerusi kebudayaan, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Ujarnya, biarpun berbeza negara, namun Indonesia dan Malaysia khususnya Sarawak sememangnya dekat di rantau Borneo.

Malah, perpindahan ibu kota pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan dilihat aspek penting dalam menguatkan hubungan bilateral yang lama terjalin.

“Walaupun kita berbeza negara — Malaysia dan Indonesia, namun hakikat kita tinggal di satu tanah yang sama dan satu pulau yang sama.

“Apatah lagi apabila Indonesia mengambil langkah memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan Tengah, sudah tentu merapatkan hubungan Indonesia dan Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Aidel, dari segi pembangunan ia boleh dicetuskan dan dikembangkan terutama dalam soal kebudayaan dan etnik serta pemerkasaan kerjasama ekonomi.

Justeru, penganjuran Festival Wisata Budaya Bugis 2023 Sarawak — Kalimantan Barat diadakan di Sadong Jaya menjadi landasan penyatuan kaum Bugis di dua negara.

KEUNIKAN BUDAYA

Keunikan kaum Bugis terutama di Sadong Jaya, dapat dilihat daripada budayanya — masih terpelihara termasuk dari segi makanan, adat resam dan tarian.

Ia juga mampu menjadi penyumbang kepada produk pelancongan di Sarawak.

“Dari segi pembangunan kebudayaan etnik Bugis, kalau di Sadong Jaya kebudayaannya terpelihara seperti makanan yang begitu unik walaupun penyediaan agak rumit dan lama.

“Uniknya tidak ada di tempat lain, begitu juga dengan tarian yang dipersembahkan dan adat perkahwinan, ia cukup berbeza dan berpotensi sebagai produk pelancongan,” katanya ketika berucap sempena Festival Wisata Budaya Bugis 2023 Sarawak-Kalimantan Barat di Panggung Udara Sadong Jaya pada Jumaat.

Menelusuri sejarah kedatangan Bugis ke Malaysia, ia bermula di Semenanjung Malaysia oleh lima bersaudara iaitu Daeng Marewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak, Daeng Perani dan Daeng Kemasi.

Manakala di Sarawak, kebanyakannya menetap di Batang Sadong, Sarikei, Bintulu dan Miri sejak ribuan tahun dahulu.

Justeru, dalam merai keunikan dan kepelbagaian etnik di Sarawak, nilai perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama itu sentiasa menjadi tunjang utama.

“Dalam kita merai kepelbagaian kaum etnik ini, sudah tentu kita hidup dalam kerukunan keharmonian yang aman damai, dapat bekerjasama dengan kaum lain dan membantu membangunkan kawasan setempat.

KAHWIN CAMPUR

“Kalau dahulu, masyarakat Bugis sangat konservatif soal kahwin, mesti berkahwin dengan keturunan Bugis sahaja, namun sekarang ia berbeza.

Berlaku perkahwinan campur antara Bugis dengan Iban, Melayu, Jawa, Cina dan sebagainya,” katanya.

Ia secara tidak langsung menjadikan kaum Bugis lebih moden selari dengan peredaran zaman serta adaptasi sosial yang lebih terbuka demi kemajuan bersama.

Sementara itu, bagi Norhamizah Mohamad Yunus, penganjuran festival kebudayaan itu ternyata memberi impak positif kepada komuniti berketurunan Bugis di Sarawak khususnya di Sadong Jaya.

Anak jadi Kampung Pelanduk Ulu, Sadong Jaya itu berkata menerusi program ini, generasi muda komuniti Bugis dapat mengenali susur-galur keluarga selain diperkenalkan adat dan tradisi serta mengeratkan hubungan saudara Malaysia-Indonesia.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Komuniti Warisan dan Kebudayaan Bugis Sadong Jaya, Abdul Syahid Abdul Rahman, festival itu diadakan buat pertama kali di Sarawak.

Ia dijayakan dengan kerjasama dua hala antara persatuan Bugis Sadong Jaya dan Kalimantan Barat sekali gus menghimpunkan sekitar 500 komuniti Bugis.

LAIN-LAIN BERITA

Nawal Sufia menang tempat ketiga

PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu. Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

BERITA TERBARU