ARTIKEL

Perkukuh kerjasama kebudayaan, perdagangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHINA: Malaysia dan China memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam bidang kebudayaan serta perdagangan melalui Festival Rasa Malaysia, yang julung kali diadakan di republik itu.

Festival anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MAYCHAM) itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kedua-dua negara terus mengekalkan kerjasama baik dalam bidang kebudayaan dan berkongsi platform pertukaran maklumat untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

“Kerjasama Malaysia dan China menjadi aspek penting dalam mengekalkan hubungan dua hala, di samping memperkenalkan budaya masing-masing melalui penganjuran acara seperti ini,” kata Abdul Karim dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, festival itu berjaya mengorak langkah kolektif ke arah perkongsian budaya, lebih persefahaman dan keharmonian.

“Diharap lebih banyak penerokaan budaya, ekonomi dan sosial kedua-dua negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengerusi MAYCHAM di China, Loh Wee Kang.

BERITA LAIN

MBSA nafi tawar iklan hartanah di Facebook

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan pihaknya terlibat dengan tawaran iklan hartanah yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman Facebook. MBSA dalam

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco