ARTIKEL

Perlantikan Fadillah Yusof langkah tepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perlantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam akan menyumbang kepada kejayaan dasar Kerajaan Sarawak yang menumpukan kepada tenaga hijau.

Justeru, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan ia amat bertepatan, sekali gus meletakkan Sarawak di landasan yang betul dalam menangani kebimbangan global terhadap perubahan iklim.

“Saya melihat perlantikan Fadillah sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Kemudahan Awam sebagai langkah tepat.

“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kira sejauh mana prestasi Sarawak dalam dasar dan usaha untuk tenaga hijau dan perubahan iklim,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Aramaz S-MM2H di sini, hari ini.

Menurut Karim, Sarawak kini telah menjadi peneraju di Malaysia dalam tenaga hijau, kredit karbon, penangkapan dan penyimpanan karbon antara banyak lagi.

Malah, katanya Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dijemput untuk berucap di pelbagai persidangan dan konvensyen di seluruh dunia mengenai tenaga hijau dan mitigasi perubahan iklim.

“Ini kerana usaha kita adalah sejajar dengan apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kuasa barat moden,” katanya.

Pada masa sama, Karim turut menyokong perlantikan Fadillah sebagai Menteri Bertanggungjawab Terhadap Hal Ehwal Sabah Sarawak kerana ia mencerminkan keupayaannya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengekalkan bilangan pemimpin Sarawa untuk menerajui portfolio menteri dan timbalan menteri, termasuk Fadillah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU