Pihak luar tiada hak campur
SRI AMAN: Pelantikan jawatan ketua masyarakat di negeri ini ada- lah bidang kuasa Kerajaan Sarawak bukan pihak luar. Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, terdapat propaganda sesetengah pihak cuba mengeli- rukan rakyat mengenai pelantikan dan peranan ketua masyarakat.
“Tindakan pihak kurang bertang- gungjawab ini hanya taktik cuba menghasut dan mengelirukan rak- yat agar mereka menidakkan hak Kerajaan Sarawak,” tegasnya.
Beliau berucap semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-13 Persatuan Masyarakat Iban, Daerah Sri Aman telah diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, baru- baru ini.
Harden turut mengingatkan semua ketua masyarakat memahami tujuan penubuhan persatuan agar sentiasa dalam landasan yang betul selari dengan tujuan penubuhannya.
ADUN Simanggang itu juga, mengesa agar persatuan untuk menyokong dasar Kerajaan Sarawak selain memperjuangkan hak-hak dan kebajikan ahli dalam persatuan masing-masing.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Masyarakat Iban, Daerah Sri Aman Temenggong Samuel Lawen berkata, sijil pelanti- kan ketua-ketua masyarakat hanya terdapat lambang rasmi Kerajaan Sarawak terpampang.
Justeru katanya, ini bukti jelas membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak yang melantik ketua-ketua masyarakat di negeri ini.
“Tidak ada keraguan dan tern- yata pelantikan ketua masyarakat adalah bidang kuasa Kerajaan Sarawak,” ujarnya.
Samuel juga mengucap terima kasih kepada Harden kerana men- jadi penyumbang tetap peruntukkan tahunan persatuan bagi membiaya segala aktiviti dalam persatuan.
Terdahulu, Harden menyampai- kan cek berjumlah RM30,000 bagi peruntukan tahun 2019 kepada Persatuan Ketua Masyarakat Iban Daerah Sri Aman.
Turut hadir pada majlis tersebut Datin Simba Nalang, Pemangku Residen Sri Aman Richard Ngumbang, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sri Aman Vivian Engkiong.