ARTIKEL

Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 10 Jun: Manchester City lawan Inter Milan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANCHESTER: Manchester City mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara selepas berjaya menumpaskan Real Madrid 4-0 (agregat 5-1) di Etihad Stadum di sini semalam. 

City mengasak gawang pasukan lawan selama 22 minit pada separuh masa pertama sebelum pemain tengah Bernardo Silva memecahkan kebuntuan dengan jaringan pada minit ke-23 hasil hantaran pemain tengah Eduardo Camavinga dan seterusnya pada minit ke-37 menerusi satu tandukan ke dalam gawang terbuka. 

Pemain pertahanan Eder Militao memastikan kemenangan dalam genggaman City dengan satu jaringan pada minit ke-76 sebelum penyerang Julian Alvarez mengindahkan lagi kemenangan dengan gol keempat dalam masa tambahan.

Mereka akan bertarung dengan Inter Milan di Istanbul, Turki pada 10 Jun untuk memberi peluang kepada Pep Guardiola memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pertamanya selaku pengurus City.

Inter Milan mara ke perlawanan akhir pada Selasa lepas apabila jaringan kapten pasukan Lautaro Martinez pada minit ke-74 separuh masa kedua menamatkan cabaran seteru tetangga AC Milan.  

Kemenangan 1-0 Inter di Stadium San Siro menjamin kemenangan agregat 3-0.

Pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu kini berpeluang untuk menjadi pasukan Inter keempat yang memenangi pertandingan elit bola sepak Eropah dan menulis lembaran baru dalam buku sejarah Nerazzurri.

Jurulatih masyhur Helenio Herrera membimbing Inter untuk memenangi dua kejuaraan Piala Eropah berturut-turut pada 1964 dan 1965.

Selepas itu penyokong Inter terpaksa menunggu selama 45 tahun untuk sekali lag menjulang kejuaraan Piala Eropah apabila pasukan bimbingan Jose Mourinho mengejutkan benua Eropah pada 2010.

BERITA LAIN

Atlet Pahang sudah fokus untuk SUKMA di Sarawak

KUANTAN: Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini,

Harimau Malaya duduki anak tangga ke-134 dunia

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Mengikut laman web

BERITA TERBARU