KUCHING: Penolong Pengurus Sarawak United FC (SU FC) Abang Fomay Abang Sa’deli menegaskan, perlawanan menentang Penang FC pada 5 April ini merupakan peluang terbaik untuk meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Super 2022.
Dengan mengharap barisan kendalian B. Sathianathan itu bijak memanfaat peluang beraksi dilaman sendiri.
“Kita harus memanfaat peluang beraksi digelanggang sendiri, di Stadium Negeri, Petra Jaya apabila turun berdepan Penang FC kelak,” ujar Abang Fomay kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Abang Fomay, aksi ketiga membabitkan pasukannya itu kelak sedikit berbeza apabila berlangsung dalam bulan Ramadan.
“Perlawanan bermula lewat satu jam (9:15 malam) dari waktu asal sebelumnya.
“Saya percaya ia tidak akan menimbul sebarang masalah kepada pemain malah peminat juga pasti akan dapat turun ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu kelak,” tambah Abang Fomay.
Beliau memberitahu, kesemua pemain cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan itu kelak.
