ARTIKEL

Ketua Penerangan Parti PBB, Datuk Idris Buang.

Perlekeh Premier, prosiding pendakwaan jenayah terhadap penulis harap dijalankan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang, menyokong cadangan agar prosiding dijalankan di Sarawak sekiranya terdapat sebarang pendakwaan jenayah terhadap penulis yang memperlekehkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, mereka yang terlibat di belakang tabir dalam penyebaran penulisan tersebut menerusi portal berita berkenaan juga perlu dibawa sekali.

“Kami di Sarawak amat berharap ia diadakan di Sarawak di mana kebanyakan laporan polis dibuat.

“Sekurang-kurangnya, kita boleh mengenali anda semua secara bersemuka,” menurutnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa perkara berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami memilih untuk tidak menjawab terus kenyataan penulis blog, Nehru Sathiamoorthy, kerana perkara itu kini di tangan polis dan SKMM.

“Jawablah kepada pihak berkuasa mengenai niat dan tujuan penulisan yang dikeluarkan, menyinggung dan berniat jahat seperti yang dimuat naik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta agar Nehru dan portal berita yang berkaitan berhenti membuat atau menerbitkan artikel yang berunsur provokasi.

Terdahulu, Nehru, dalam tiga artikel, menulis komentari yang berbaur penghinaan dan fitnah terhadap Premier yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Artikel tersebut ialah ‘When Will Abang Jo Luck Runs Out’ yang diterbitkan dalam laman sesawang newsway.com pada 24 Mei 2024, ‘Opinion: A Challenge To You, Abang Jo, If You Are As Great As You Think’ menerusi laman malaysia-today.net pada 8 Jun 2024, dan ‘RM2k Legal Fee Is All I Can Afford If Abang Jo Wants To Nail Me; Beyond That He Can Just Throw Me In Jail’ yang diterbitkan di media sosial dalam laman web focusmalaysia. my pada 12 Jun 2024.

Sehubungan itu, tindakan boleh diambil atas kesalahan menyalahgunakan saluran multimedia dan telekomunikasi di bawah Seksyen 233 Akta SKMM dan juga di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Agong, PM percaya kepada Sarawak

BINTULU: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baharu mencerminkan kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk

BERITA TERBARU

Agong, PM percaya kepada Sarawak

BINTULU: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baharu mencerminkan kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk