ARTIKEL

Nancy melapah daging lembu yang dikorbankan dalam Majlis Ibadah Korban Parlimen Santubong di Surau Saidina Umar, Taman Intan, Bandar Baru Semariang, hari ini.

Perlindungan kanak-kanak diperketat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pindaan itu akan menambahkan lagi elemen-elemen tertentu, selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak.

“Memang ia (pindaan) berlaku tahun ini dan kita harap dapat dibawa ke Parlimen dalam tahun ini atau kalau tidak tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ibadah Korban Parlimen Santubong di Surau Saidina Umar, Taman Intan, Bandar Baru Semariang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seruan Wanita MCA agar lebih banyak perlindungan untuk kanak-kanak di bawah umur, ekoran trend yang meningkat dalam kes penderaan kanak-kanak.

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan, Wong You Fong berkata pihaknya prihatin dan resah dengan peningkatan kes penderaan kanak-kanak yang membimbangkan, terutama tragedi baru-baru ini melibatkan dua kanak-kanak yang masing-masing berusia lima tahun dan 18 bulan di pusat jagaan kanak-kanak tidak bertauliah.

“Insiden yang menyayat hati ini, menggariskan keperluan mendesak oleh kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil langkah segera bagi memperkukuh langkah perlindungan kanak-kanak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menjelas lanjut, Nancy berkata pihaknya sememangnya dalam proses menambah baik undang-undang tersebut tanpa gesaan mana-mana pihak, dengan drafnya kini hampir siap.

“Apabila kita menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, ia perlu dipinda dari segi struktur tugas dan pembahagian dari segi tugasan sebab pada masa ini, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak masih lagi berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang tidak seharusnya berlaku.

“Dengan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak hanya akan berdiri atas kaki sendiri pada 2026, maka kami perlu membuat undang-undang baharu atau pindaan pada Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu sempena Hari Raya Aidiladha, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata berkata sebanyak 14 lembu dikorban untuk diagihkan kepada asnaf di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam konstituensinya iaitu Demak Laut, Pantai Damai dan Tanjong Datu.

Daripada jumlah itu, dua ekor lembu dikorbankan di Surau Saidina Umar, Taman Intan, Bandar Baru Semariang.

KAPSYEN:

Pix – Nancy melapah daging lembu yang dikorbankan dalam Majlis Ibadah Korban Parlimen Santubong di Surau Saidina Umar, Taman Intan, Bandar Baru Semariang, hari ini.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU