ARTIKEL

Alexson menyempurnakan acara penyematan pangkat kepada salah seorang pegawai di IPD Miri.

Perlombongan kripto: Polis buat rondaan jika ada permintaan SESCO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pihak polis tidak membuat rondaan bagi mengesan kegiatan perlombongan mata wang kripto di sini yang didakwa merekodkan jumlah tertinggi di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ia kerana pemantauan adalah di bawah tanggungjawab Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

“Setakat ini kalau bercakap berkaitan kes perlombongan mata wang kripto, tiada sebarang rondaan dibuat oleh pihak polis kerana rondaan ke atas kes tersebut dibuat oleh SESCO.

“Rondaan hanya dibuat oleh pihak polis sekiranya SESCO meminta bantuan, contohnya bagi mengiring mereka serta membuat tangkapan, namun setakat ini tiada sebarang laporan berkaitan diterima,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri, hari ini.

Sementara itu, beliau menerusi ucapannya juga menekankan tentang arahan Ketua Polis Negara No.191 iaitu Penguatkuasaan Penuh ke atas Peraturan 3C, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Pihak polis berhadapan dengan kepelbagaian tuntutan masyarakat masa kini untuk melihat standard perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkualiti.

“Namun yang membimbangkan adalah, jika dilihat di media sosial sekarang, PDRM berhadapan dengan pelbagai isu integriti yang terlibat dalam aktiviti jenayah, salah laku rasuah dan sebagainya.

“Justeru, pemantauan penuh dalam ketegasan penyeliaan yang berkesan diperlukan bagi mengecilkan ruang dan peluang berlakunya perlanggaran salah laku, dan sekali gus menangani persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, seramai 27 anggota dan pegawai PDRM di IPD Miri telah mendapat sijil penghargaan atas prestasi cemerlang yang ditonjolkan sepanjang perkhidmatan, manakala empat orang lagi dianugerahkan penyematan pangkat.

Penyerahan sijil penghargaan kepada pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.