ARTIKEL

Fatimah (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan tiga buah mesin dialisis daripada Adana Jed (dua kiri) kepada pihak Hospital Mukah

Perlu ada kesedaran jaga kesihatan buah pinggang, kos rawatan sangat mahal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak tiga buah mesin hemodialisis diserahkan kepada Hospital Mukah di bawah inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP), di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi membantu meringankan beban pesakit buah pinggang di Sarawak yang memerlukan rawatan tersebut.

“Ini terutamanya bagi pesakit yang kurang berkemampuan kerana harga untuk melakukan rawatan buah pinggang di hospital swasta boleh mencecah RM320 sekali rawatan.

“Dalam tempoh seminggu pula, mereka perlu melakukan rawatan sebanyak tiga kali dan ini tentunya menyebabkan beban kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Dengan adanya inisiatif BKPBP ini, tentunya ia dapat meringankan beban mereka dari segi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis, di Hospital Mukah, di sini, hari ini.

Ujarnya, jumlah kesemua mesin hemodialisis yang diserahkan di Hospital Mukah berjumlah RM123,450 dengan harga sebuah mesin berharga RM41,150.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memberitahu bilangan pesakit yang mendapat perkhidmatan rawatan di Unit Hemodialisis Hospital Mukah bertambah.

“Pada tahun 2020, jumlah pesakit adalah seramai 48 orang, tahun 2021 sebanyak 49 orang dan tahun 2022 sebanyak 50 orang.

“Bagi tahun 2023, seramai 53 orang pesakit dan setakat bulan Februari 2024 seramai 54 orang,” jelasnya.

Tambahnya, selain daripada membantu menyediakan mesin hemodialisis ini, langkah lain yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan program yang mendidik orang ramai mengenai kepentingan penjagaan buah pinggang.

Justeru, semua pihak perlu bekerjasama untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit berkaitan buah pinggang.

Hadir sama ADUN Tellian Royston Valentine dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed.

RAKAM KENANGAN….Fatimah (dua kanan) merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis penyerahan tersebut, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)