ARTIKEL

Perlu anjakan paradigm dalam pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Pertanian perlu menilai revolusi sektor pertanian dari semasa ke semasa, bagi merangka perancangan masa depan yang memberi manfaat kepada para petani dan sektor berkenaan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penilaian yang dibuat juga berdasarkan tiga jangka masa sektor pertanian iaitu zaman dahulu, sekarang dan masa hadapan.

“Kita juga berterima kasih kepada golongan petani pada masa dahulu yang menyediakan asas pertanian kepada kita sehingga hari ini.

“Bagaimanapun, untuk bergerak maju ke hadapan, kita memerlukan anjakan paradigma dalam sektor tersebut bagi membolehkan pengusaha pertanian mengeluarkan hasil optimum.

“Pada masa kini, masyarakat yang memilih pertanian atau perikanan sebagai sumber ekonomi masih lagi dipandang rendah, oleh sebab itu kementerian saya dan agensi lain berkaitan perlu seiring dengan objektif memantapkan industri makanan berasaskan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Amanat M-FICORD kepada pertubuhan peladang kawasan (PPK) anjuran Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak, di sini.

Di samping itu katanya, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang juga perlu peka dengan kepentingan industri makanan khususnya dalam mengurus hal ternakan dan tanaman.

“Sebagai contoh, hasil tanaman padi yang disasarkan pada tahun pertama, adalah lima tan metrik namun ia tidak dapat dicapai pada tahun kedua dan ketiga.

Maka usaha ini perlu diteliti selain menambah baik dari segi kepakaran dan teknologi baharu untuk meningkatkan hasil tanaman.

“Selain itu. kajian dan pembangunan juga diperlukan bagi menambah baik produktiviti hasil tanaman disasar, sekali gus memastikan ia mempunyai nilai kebolehpasaran,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Rundi menyumbangkan sebanyak RM70,000 kepada Kelab Jabatan Pertanian, manakala timbalannya, Datuk Dr Ismail dan Datuk Martin Ben masing-masing menyumbangkan peruntukan berjumlah RM32,000.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)