ARTIKEL

National badminton legend, Datuk Rashid Sidek -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perlu bariskan pemain terbaik jika mahu ke separuh akhir Piala Thomas – Rashid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara perlu membariskan pemain terbaik jika mahu melangkah ke separuh akhir kejohanan Piala Thomas 2024, kata legenda badminton, Datuk Rashid Sidek.

Justeru beliau berkata khidmat perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, amat diperlukan bagi melengkapkan barisan pemain terbaik ke kejohanan berpasukan itu memandangkan peluang seorang lagi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, untuk berada dalam skuad masih belum pasti.

“Saya tak tahu sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tapi kalau sasaran ke separuh akhir, memang kena letak barisan pemain terbaik.

“Pertamanya, Zii Jia perlu main, beregu kita ada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

“Tiga pasangan kuat tapi untuk perseorangan tiada, Tze Yong pula cedera,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rashid berkata ia bergantung kepada Zii Jia untuk bersama skuad negara ke kejohanan berpasukan berkenaan atau tidak.

Status penyertaan Zii Jia menimbulkan persoalan selepas Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, semalam berkata pemain di ranking ke-11 dunia itu masih belum pasti sama ada untuk mewakili negara atau sebaliknya pada kejohanan itu.

Rexy berkata Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik buat juara All England 2021 itu dalam menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.

“Pandangan saya sendiri (kalau saya atlet), saya nak main Piala Thomas sebab ini, kita bermain untuk negara.

“Kejohanan ini berpasukan, kalau ada semangat patriotik dan harumkan nama negara memang kita akan berusaha untuk masuk dalam pasukan,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu.

Malaysia, yang turun selaku pilihan kelima Piala Thomas 2024, diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah dan juara 2016 Denmark selain Hong Kong dan pasukan dari benua Afrika, Algeria.

Tarikh akhir penghantaran nama ke Piala Thomas 2024 adalah pada 13 April ini.

Saingan Piala Thomas 2024 dijadual berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU