ARTIKEL

Rosey bercakap kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) 2024 di sini malam tadi.

Perlu kuat kuasa undang-undang berkaitan kecuaian ibu bapa atau penjaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan isu melibatkan kecuaian ibu bapa atau penjaga dalam menjaga keselamatan anak-anak.

Hal ini berikutan sebuah video tular di Facebook ‘Miri Community’ yang menunjukkan dua kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga di dalam kereta dengan enjin dihidupkan pada petang semalam di hadapan pejabat pos di Jalan Post.

Susulan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus membangkitkan kebimbangan soal perkara tersebut.

“Penting bagi ibu bapa dan penjaga untuk berwaspada dan bertanggungjawab dalam hal keselamatan anak-anak mereka dan jangan pernah meninggalkan mereka bersendirian di dalam kereta.

“Walaupun ia kelihatan seperti penyelesaian yang mudah untuk memastikan mereka tenang semasa kita melaksanakan tugas mahupun urusan, namun risiko terlalu bahaya.

“Ini kerana strok haba dan penyakit lain berkaitan haba boleh berlaku hanya dalam beberapa minit atau detik sahaja walaupun tingkap tertutup,” katanya.

Katanya, adalah penting bagi ibu bapa untuk sentiasa menyemak semula dan memastikan anak mereka tidak ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam kereta.

Baca lain  PPV Dewan Sukan Tatau ditutup

Tambahnya, masyarakat perlu sentiasa berwaspada dalam situasi seperti ini bagi mengelak kejadian tragis sekali gus menjamin keselamatan anak-anak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU