Perlu ramai wanita dari Sarawak dilantik di Dewan Rakyat

KUCHING: Pembangunan wanita dalam menjadi Ahli Dewan Rakyat di Sarawak kurang memberangsangkan apabila hanya 16.1 peratus berbanding lelaki 83.9 peratus pada tahun 2019.

Pensyarah Kanan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Nadrawina Isnin berkata, lebih menyedihkan wanita menjadi Ahli Dewan Negara adalah 0 peratus.

“Namun begitu, saya berbesar hati bahawa Datuk Seri Empiang Jabu merupakan wanita Sarawak pertama yang dilantik sebagai Senator Dewan Negara selama dua penggal.

“Kemudian lebih membanggakan lagi apabila Senator Datuk Seri Doris Sophia Brodie dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara pada tahun 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Forum Hari Sarawak anjuran Pustaka Sarawak secara langsung di media sosial Facebook dan Youtube, hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua profil itu dahulu amat penting dalam mengendalikan isu-isu semasa berkaitan wanita di Malaysia meskipun jumlah wanita terlibat dalam dewan rakyat dan negara adalah sedikit.

Suara Sarawak