KUCHING: Perkarangan Rumah Panjang Lubuk Kerupuk/Air Terjun Wong Klangsau, Saratok bakal menjadi tumpuan peminat sukan berbasikal.
Ia berikutan berlangsungnya Perlumbaan Berbasikal MTB XC Krian 2023 pada 1 Mei nanti.
Presiden Persatuan Berbasikal Bahagian Betong, Saiful Hanizam Suhaini menjelaskan, empat kategori dipertandingkan untuk perlumbaan sehari itu.
“Kategori terbabit ialah Terbuka Lelaki, Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Junior Lelaki (18 tahun ke bawah) dan Tertutup Betong (lahir serta bermastutin di Bahagian Betong).
“Perlumbaan edisi pertama ini dianjurkan Pejabat Daerah Saratok, Pusat Khidmat DUN Krian dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Bahagian Betong,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.
Menurutnya, yuran pendatran untuk setiap kategori ialah RM60 dan tarikh tutup pendaftaran pada 28 April depan.
“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Ihsan ditalian 013-5612983 dan Cikgu Joy ditalian 016-8001690,” tambah Saiful lagi.
Katanya, hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM11,830. Tempat pertama hingga ke-10 setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai dan pingat.