ARTIKEL

Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan dapat sambutan meskipun dianjurkan secara maya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan 2021 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diadakan secara maya susulan berlaku pandemik Coivd-19.

Menteri, Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sama seperti tahun sebelum ini mereka mengalu-alukan ekopelancongan, ahli konservasi, saintis, pengurus sumber, pelajar dan yang lain dalam acara tahunan tersebut.

“Ini adalah gerakan pemuliharaan masyarakat yang mendapat sokongan daripada agensi kerajaan.

“Selain itu, ia juga menarik perhatian orang ramai terhadap kepelbagaian biologi di Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan 2021 yang berlangsung secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dan Facebook rasmi Unimas, hari ini.

Tambahnya, beliau dimaklumkan acara hari ini juga mendapat sambutan yang luar biasa dan menerima penyertaan dari seluruh pelosok Borneo.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU