SIMUNJAN: Pelumba sensasi pasukan Ratu Kilat, Rajali Dan nyata sukar ditandingi apabila mengungguli kategori utama 13 Horse Power (13 HP) pada perlumbaan Pump Boat Simunjan 2023 di Sungai Batang Sadong, hari ini.
Anak jati kelahiran Kampung Sageng itu gah melepasi lima pusingan sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala.

Tempat kedua kategori sama milik Rosli Ubah (Saga Pantong) dan turut membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.
Manakala, Abdul Hasnizam Arpian (Pecuter III) sekadar berpuas hati ditempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM800 dan piala.
Dalam satu lagi acara akhir, gelaran juara kategori 7HP milik Mohd.Nasri yang turut menamatkan saingan lima pusingan dengan cemerlang lantas, menyaksikannya membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta piala.
Tempat kedua milik pelumba pasukan Hispeed, Badwe Morni. Sambil, tempat ketiga milik Ramli Hamdan (Raska Power).
Kedua-dua pelumba terbabit masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500 termasuk piala.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris dan Pegawai Daerah Simunjan, Seruji Ludin.
Perlumbaan Pumb Boat Simunjan 2023 dianjur oleh Persatuan Penduduk Kampung Sageng (PEKASA), Simunjan.
Perlumbaan berlangsung dua hari (18 & 19 September) yang menghimpunkan 47 pelumba keseluruhan dari kedua-dua kategori terbabit.
Hadir sama pada majlis itu, isteri kepada Awla Dris, Napsiah Abang Kaderi, Ketua Pemuda dan Wanita PBB Cawangan Simunjan, Kaunselar Mohamad Zaini Morshidi dan Rosita Haji Poni.