ARTIKEL

Permintaan luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Nursahira Ismail, 28, menerima banyak tempahan dari dalam dan luar Mukah menjelang musim perayaan. Tentunya, tempahan paling meriah adalah pada Hari Raya Aidilfitri.

“Tidak dinafi kan, semasa Hari Natal dan Gawai Dayak juga sambutan agak memberangsangkan.

Namun, semasa Tahun Baharu Cina, jualan kek lapis saya agak rendah,” katanya kepada Suara Sarawak.

PROSES PEMBUATAN

Ujarnya, bagi mengendalikan permintaan pelanggan dalam kuantiti yang banyak, dia dan suaminya mula melakukan proses pembuatan kek lapis sebulan atau dua bulan lebih awal dari tarikh perayaan tersebut.

Katanya, ini adalah bagi mengelakkan tempahan pelanggan tercicir atau tidak terbuat.

Nursahira juga mendedahkan dia mula memproses dan menjual kek lapis hasil tangan sendiri pada 2020.

Pada 2019, dia hanya mengambil tempahan daripada orang lain dan menjualnya semula di Manih Bakery — bakeri miliknya sekeluarga.

“Manih Bakery mula aktif pada 2018 dan ia berada di hadapan rumah sahaja.

Pada mulanya, kedai ini menjual pelbagai jenis kek ulang tahun, pemanis mulut, roti dan biskut.

Baca lain  Lyona Stephen rangkul Anugerah Belia Sarawak

“Pada waktu itu juga, kek ulang tahun mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Selepas dua tahun, saya mula berkecimpung dalam pembuatan kek lapis dan ia turut mendapat sambutan luar biasa.

“Namun, pada 2023 agak sukar meneruskan jualan tersebut kerana kekurangan tenaga kerja serta kos bahan mentah yang melonjak,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia tetap mengusahakan Manih Bakery dan meneruskan jualan kek lapis dan biskut menjelang perayaan hingga kini.

Dedahnya, dia pernah mengikuti program Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi menggalakkan generasi belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

“Saya dihantar mempelajari bidang kek dan roti di Rawang, Selangor di bawah syarikat D’Flowers Cake. Seterusnya menjalani latihan industri di Kek Lapis Siti Payung, Miri.

“Saya dapat mempelajari teknik terbaharu dalam pembuatan kek.

Namun, untuk resipi kek lapis yang saya gunakan pada masa ini adalah melalui resipi dibeli di Facebook dengan pendidikan jarak jauh (PJJ),” ujarnya.

Dengan pengalaman tersebut, kek lapis Manih Bakery mempunyai rasa unik daripada yang lain kerana ia kurang manis dan bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Baca lain  Bunga Raya Karang kaya khasiat perubatan, antiradang

“Setakat ini, harga untuk sebuku kek lapis serendah RM15, ada juga berharga RM18 hingga RM20 dan untuk pembelian 10 buku ke atas, saya berikan satu percuma,” ujarnya.

“Pada awalnya, saya membuat kek lapis sendiri tanpa bantuan orang lain, bermula proses mencuci telur sehingga ke loyang. 

“Selepas berumah tangga, kini kerja pemprosesan sedikit banyak dibantu oleh suami.

“Anggaran kek lapis yang dibuat dalam sehari adalah dalam 11 loyang bersaiz lapan kali lapan,” jelasnya.

PENGHANTARAN

Mengulas lanjut, pembuatan kek lapis mengambil masa dalam enam hingga tujuh jam termasuklah penyediaan bahan, mengadun, melapis, mencuci, memotong dan membungkus kek. 

Dedahnya, kek lapis air tersebut turut diterbangkan ke Semenanjung Malaysia dan Sabah serta dihantar ke kawasan sekitar Sarawak. 

“Untuk kawasan terdekat, kek lapis dihantar menggunakan bas supaya tempoh penghantaran lebih cepat dan kosnya agak murah. 

“Bagi kek yang diposkan ke Semenanjung Malaysia atau Sabah, ia memerlukan pembungkusan lebih baik iaitu dibalut menggunakan pembungkusan gelembung dan dimasukkan ke dalam kotak.

Baca lain  Jatuh cinta dengan budaya raya Sarawak

“Kemudian, kotak dibalut menggunakan pelekat dan ia dipos pada Isnin bagi memastikan perjalanan kek ke destinasi lebih lancar,” jelasnya.

Berkongsi cabaran, dia memberitahu bahawa, harga bahan mentah dan saingan harga kek adalah cabaran utama.

Jelasnya, untuk menyeimbangkan modal dan untung, sebagai peniaga, dia perlu memilih sama ada mengecilkan saiz atau menaikkan harga kek. 

“Setakat ini, saya mempromosikannya melalui kemudahan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. 

“Saya juga menghantar ke vendor terpilih dan membuka ruang ejen untuk mempromosi kek lapis Manih Bakery,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

BERITA TERBARU