ARTIKEL

Permintaan minyak sawit tempatan terus meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasaran minyak sawit tempatan terus menunjukkan perkembangan positif dengan permintaan negara luar rata-ratanya meningkat, Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata berdasarkan data kementerian, permintaan dari Amerika Syarikat (AS) meningkat 28 peratus dan China 16.3 peratus, dari Januari sehingga Jun tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Di India, kerana faktor cukai begitu menarik, telah mencecah sekarang ini 86 peratus, menteri akan ke India untuk sama-sama kita lihat bagaimana kita boleh membantu meningkatkan lagi pasaran ke India, EU (Kesatuan Eropah) sedikit peningkatan, lapan peratus berbanding tempoh lalu.

“Sementara kita akui perang dagangan AS dan China memberi kesan kepada penjualan minyak sawit tempatan, tetapi sekiranya ia diolah dengan baik maka di sana kita dapat peluang untuk lariskan lagi bukan sahaja penjualan minyak sawit tapi produk sawit yang sekarang ini kita telah pergi ke produk hiliran,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair yang ingin tahu mengenai perkembangan permintaan sawit Malaysia di negara luar, dan sama ada perang dagangan antara AS dan China memberi kesan kepada industri berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.