ARTIKEL

Permit polis, surat majikan, sedia ada masih sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pekerja yang telah mendapatkan permit polis dan surat kebenaran daripada majikan di negeri ini masih boleh menggunakan dokumen tersebut di sekatan jalan raya (SJR).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, permit dan surat kebenaran itu masih sah.

“Tiada keperluan untuk mendapatkan permit dan surat kebenaran yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, terdapat pertanyaan umum mengenai kesahihan dokumen yang telah diperoleh sebelum ini.

“Saya telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan beliau bersetuju dengan keputusan kami,” ujarnya.

Beliau menegaskan lagi, bagaimanapun setiap rakyat perlu kekal berada di rumah kecuali mempunyai keperluan untuk berada di luar

Dengan langkah itu katanya, penularan wabak Covid-19 akan dapat dikekang dalam kalangan komuniti.

Tamat

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU