ARTIKEL

TINJAUAN... Uggah (kanan) dan Dr Richard (dua kiri) hari ini melawat premis milik Charles yang musnah akibat kebakaran pada Khamis.

Permohonan bantuan bina semula rumah musnah diputuskan dalam masa seminggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Keputusan permohonan bantuan bina semula rumah yang musnah akibat kebakaran akan dibuat dalam masa lebih singkat.

Timbalan Premier, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya akan memutuskan kuota itu sebaik sahaja laporan lengkap diterima daripada Pejabat Residen masing-masing.

SOKONG TANI… Uggah (empat kiri) menyerahkan dokumen kontrak kepada wakil kontraktor untuk menaik taraf jalan ladang di kawasan kebun Cina di Spaoh.

“Pejabat Residen perlu membuat penilaian tentang jumlah yang perlu dibantu oleh kerajaan.

“Kemudian setelah menerima laporan, JPBN akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa kebakaran Charles Tegalang di Nanga Tiga, Layar, hari ini.

Jelasnya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi program bantuan bina semula rumah mangsa kebakaran menetapkan nilai bantuan hingga maksimum RM70,000.

“Ia terpakai kepada setiap rumah individu atau unit individu rumah panjang.

“Bagaimanapun sebelum itu, sudah pasti Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak akan memberikan bantuan awal (kecemasan) seperti keperluan asas harian kepada mangsa kebakaran,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, kedai runcit milik Charles musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Baca lain  Paralimpik Tokyo 2020: Jamery mahu hadiahkan pingat buat Ketua Menteri

Dalam perkembangan berasingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu, diiringi Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu, telah menyerahkan kontrak bernilai RM388,000 kepada kontraktor untuk menaik taraf jalan ladang di kawasan kebun Cina di Spaoh.

Menurutnya, ia salah satu projek yang dibiayai oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“BDDA sejak tahun lalu hingga kini telah memperuntukkan RM30 juta untuk menaik taraf kira-kira 73 jalan ladang kelapa sawit, lada dan getah di kawasan Bukit Saban.

“Kita berharap dapat membantu semua petani dalam membangunkan ladang mereka agar menjadi lebih produktif,” tambahnya.

Menyentuh isu kecurian kabel menara komunikasi di Bukit Saban dan Layar, Uggah menzahirkan rasa sedih dengan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab mencuri komponen elektronik di menara tersebut.

Beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan segera dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,